Remember when we were small and writing essay “Kehidupan Saya” in school? I never got an A for my essay and I blame it on my teacher for not appreciating my “creativity”. I’m pretty sure she’s suffering from lack of creativity in her old age. Come to think about it, I am now a grown up man and I think I can write the same essay but better.
Kehidupan Saya
Saya dilahirkan pada hari yang sama dengan Magic Johnson, pemain bola keranjang LA Lakers yang teramatnya lah terkenal tapi dia kena AIDS. Saya adalah anak bongsu didalam keluarga saya. Saya mempunyai seorang ibu, seorang bapa, seorang kakak dan seorang abang. Saya tidak mempunyai anjing.
Bapa saya seorang pemain bola keranjang dan bekerja di sebuah kilang teknikal tapi bukan kilang membina UFO atau robot. Ibu saya seorang suri rumah tangga dan kadang kala boleh lesap seperti ninja. Gabungan seorang pemain bola keranjang dan ninja melahirkan saya seperti yang dicatatkan oleh Professor Einstein “Cara cara melahirkan anak yang boleh membina UFO”.
Saya tinggal di sebuah perumahan yang mempunyai banyak binatang binatang comel seperti anjing gila, tikus besar dan lipas kudung. Oleh kerana semua binatang binatang ini comel, saya sentiasa bermain dan memberi mereka makanan percuma dan akibatnya saya dikejar dan digigit oleh mereka.
Saya tidak boleh berenang. Bapa saya pernah menasihati saya supaya menjadi seorang lelaki yang sejati dan menceritakan kisah dia belajar berenang. Menurut cerita bapa saya, dia ditendang ke dalam tasik oleh seorang kawan dia dan begitu lah cara dia belajar berenang. Sehingga ke hari ini, saya masih tidak pasti sama ada kawan bapa saya tendang bapa saya masuk ke dalam tasik untuk mengajar dia berenang atau sebaliknya. Saya cuma boleh ingat pernah sekali saya cuba berenang di Port Dickson dan ternampak sirip ikan yu dan lagu “Jaws” bermain di otak saya.
I vote a straight “A” for this essay.

